Rabu lepas mama kene hantar kakak gi sekolah sat.. Sebab dia ada pemulangan buku teks serta majlis ringkas untuk tahun 6. Sekejap jer kul 9.30 hingga kul 11.30 pagi jer.. Tak ada nak majlis meriah2 pun..Tengah2 covid tinggi ni kan..
Lagipun itulah hari last dia dapat jumpa kengkawan serta cikgu2 dia.. Pasni memasing dah bawak haluan masing2 dan ntah bila dapat jumpa kan..Macam2 dia bawak balik.. Sumbangan dari sekolah.. Alhamdulillah..
Hadiah paling best katanya.. Sebab buku planner ni de siap2 nama kakak..Terbaiklah idea cikgu2 SKAP ni..
Sapu tangan ni plak nama kelas kakak.. Kenangan selamanya
Dengan sijil ni maka tamatlah kakak kat SKAP selama 4 tahun..Terima kasih banyak atas sumbangan ilmu dan tunjuk ajar cikgu2 SKAP .. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya..
Banyak kenangan suka duka buat kakak..Lepas ni kakak akan melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar..Doakan yang terbaik buat kakak..




No comments:
Post a Comment