Sunday, 25 April 2021

PERTANDINGAN SPEEDY MATHEMATICS 2021 PERINGKAT NEGERI MELAKA

 

Semalam Cha, Chu dan Pqa ada masuk Pertandingan Speedy Mathematics. Pertandingan ni anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Melaka & Persatuan Matematik Olympiad Melaka (PERMATO). Bebudak ni masuk dalam kategori Sekolah Rendah. 

Mama dapat info pertandingan ni pun dari pihak sekolah. Tapi pendaftaran untuk bebudak ni mama buat sendiri la..Ada jugak cikgu2 sekolah lain yang buatkan tuk anak muridnya. Tapi sekolah bebudak ni parents buat sendiri la.Hahaha. 

Pertandingan ni terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah..Pastu tiada yuran penyertaan pun. Dalam erti kata lain PERCUMA sajor. Dan yang paling penting boleh dimasukkan dalam markah PJKSK. Tapi syarat yang utama adalah kene guna emel ID DELIMA murid itu sendiri. 

Disebabkan semalam ayah kene keje maka gigihlah mama setting sensorang tuk 3 ketul ni.. 2 Laptop 1 tab bekerja semalam. Pertandingan bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 11 pagi ..Tapi bebudak ni kul 10.50 pagi dah tekan butang SUBMIT..Hahaha..

Alhamdulillah dapat selesai menjawab semua soalan2 semalam tu. Bagi mama soalan tu ada yang senang, ada yang agak keliru dan ada la yang susah skit sebab malas nak pikir gak pun ada..

Yang bestnya si kembar ni leh plak berbincang. Soalan diorg sama jer cuma diolah kedudukan sahaja.Tak pe lah nak oiii.. Tengoklah kang dapat bape..Hopefully lepas la nak dapatkan sijil tu. Nak dapatkan sijil tu markah kene 31% ke atas..Moga ada rezeki buat anak2 mama.

 


No comments:

Post a Comment