Bila kakak menunjukkan minat ke arah ni.. Maka kita layankan sahaja..
Memula mama tak amik port sangat hobi baru dia ni..Tapi nampak hasilnya dan kesungguhan dia walaupun tak la nampak wow sangat bagi korang yang tengok, tapi sebabkan hasil usaha anak sendiri maka wow sesgt la bagi mama yang jenis jari tak bape kreatip ni..Hahaha..
Patutlah suka beli dan kumpul mcm2 pen..Memula mama bising gak la, asyik2 beli pen dan buku nota manjang..Rupanya ini kerja dia..
Nak tau apa namanya ni..Namanya adalah "DODDLE"
Meh mama terangkan skit apa itu DODDLE ye..
Doddle ni adalah lukisan yang dilukis secara santai sebagai lakaran coretan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan sesuatu perkara yang berat.
Apa itu Doddle Art? Doddle Art dikategorikan sebagai freehand art, memiliki maksud abstrak dengan identiti hasil dari susunan corak yang terlintas difikiran dengan seimbas lalu, dengan gaya tersendiri, melalui teknik serta cara melukis gambar dengan cara menconteng, dimana gambar doodle sendiri ada yang mempunyai makna dan ada juga yang tidak bermakna langsung.
Karya Doddle biasanya tidak memiliki bentuk jelas dan benar tetapi kelihatan unik dan menarik.
Karya doddle biasanya menggambarkan luahan perasaan pencoretnya melalui goresan yang dihasilkan tanpa disedari oleh fikirannya.
Dengan Doodle art juga mampu membuatkan hati kita merasa tenang.
Biasanya, dengan melukis sepenuh jiwa dan perasaan akan menghasilkan karya Doddle yang semakin menarik, unik dan bermakna yang menjadikan karya Doddle bukan hanya sekadar lakaran biasa.
Lukisan Doddle selalunya terdiri dari landskap, watak komik dan TV, corak geometric dan organik atau apa sahaja coretan yang dilukis dengan pantas dan ringkas.
Contoh stereotaip contengan doddle yang boleh dilihat adalah pada buku para pelajar yang selalu mengelamun atau kehilangan minat ketika berada di dalam kelas.
Terdapat 3 jenis doddle iaitu:
1. Unplanned Doddle
Doddle yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan teknik sketch terlebih dahulu.
2. Semi Unplanned Doddle
Doddle yang dilakukan dengan teknik sketch terlebih dahulu, tetapi ia cuma sketch ringkas sahaja.
3. Planned Doddle
Doddle yang dirancang dengan teliti termasuklah sketch, konsep lakaran dan segala-galanya.
Kat bawah ni ada contoh Doddle yang lain :
Bila mama google kemain cantik diorg doddle ..Kemain kreatip bebenor jari jemari diorg ni..So mama fikir kakak ni kalau betul2 minat ni bagus sesangt ni sebab kecenderungan tu dah ada...Polish betul2 ni hantar gi kelas doddle pun bagus gak..In Sha Allah..Masih dalam perancangan gak ni..





No comments:
Post a Comment