Tahun depan Eya ni dah masuk darjah 1… Sekarang ni dia prasekolah dan tak pakai tudung... Actually ada jer kengkawan dia pakai tudung…Saja la cakap2 kat yang nanti adik masuk darjah 1 kene pakai tudung tau..sekolah kebangsaan kene pakai, sekolah agama pun adik kene pakai… Mulanya dia tak nak sbb dia kata nanti rambut adik gatal..Hahaha
Pastu mama cakap la kita test dulu.. Adik pakai hari Isnin ni ,tengok camner ye..Tahan tak adik sampai kul 12 tu. Sebab prasekolah balik pukul 11.45 pagi. Orait…Dia pun setuju…Maka hari Isnin tu mama pakaikan dia tudung ler..Tapi bukan tudung dia pun..Tudung Cha kot sbb Cha dah tak nak pakai tudung tu,lencana pun mama dah bukak.Nampak molek ler pepagi tu.
Masa kul 11.45 tu mama pun gi ler amik dia kat sekolah.. Masa dia menuju ke kereta mama tengok tudung masih lagi dia pakai. Alhamdulillah… Lepas hari pertama…
Sampai hari Jumaat dia masih lagi boleh pakai tudung pergi sekolah.. Ni mama nak suh dia cuba pakai tudung plak kalau keluar pegi jenjalan….Mampu tak dia? Hihihi….


No comments:
Post a Comment